Saya berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman. Sekarang saya sedang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Chung Hua, Klang. Mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Saya juga memegang jawatan sebagai Kordinator Sekolah dan Setiausaha PT3 dan SPM. Saya menerima pendidikan awal di SK Seberang Perak Baru. Saya meneruskan pelajaran saya di SMK Tunku Abdul Rahman (Alor Setar), SMK Gajah Berang (Melaka), dan SMK Dato Syed Omar (Alor Setar). Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak dan Kolej New Era dalam bidang pendidikan.